Featured

Budgies Bird

Budgerigars

IMG_5320.jpg

 

Pengenalan Bagi Burung Budgie/Baji

Budgie adalah sejenis burung paraket tetapi bukan semua paraket adalah budgie.
Budgie berasal daripada negara Australia, tetapi di kembang biak di England,
maka jadilah English Budgie dengan mutasi yang dah di upgrade. Budgie juga adlah haiwan peliharaan yang jinak, dan boleh sesuaikan diri dengan manusia.

English Budgie mempunyai badan yang agak besar berbanding budgie biasa, perbezaannya sekitar 1 kali ganda dari badan budgie biasa, dana mempunyai bulu yang agak lebat berbanding dengan budgie biasa,

Budgie mempunyai pelbagai warna dengan marking pada sayap yg berbeza-beza. Budgie liar asalnya berwarna hijau dan muka yang berwarna kuning,manakala bagi mutasi lain dengan pelbagai warna bergantung pada genetik yang dibawa oleh baji itu.

Diantara mutasi yang selalu kita jumpa ialah Yellow face, Golden Face, Oppaline, Cinnamon, Albino, Lutino, Creamino, Lacewing,Greywing ,Clearwing dan banyak lagi, lebih kurang 30 jenis mutasi budgie dengan pelbagai warna,

Pemeliharaan burung budgie ini sangatlah mudah bagi mereka yang tahu memelihara burung dan haruslah dengan pengetahuan yang khusus tentang budgie, ini kerana budgie boleh menjadi stress dan mati. Hal tersebut kerana budgie sangat sensitif pada keadaan tertentu. Jadi sebelum memulakan pemeliharan burung ini kita harus tahu serba sedikit pasal keperluan burung ini seperti aviari (tempat tinggal budgie), makanan die, dan serba sedikit antibiotik bagi mengelakan budgie daripada terkena penyakit.

Sangkar

Biasanya budgie diletakkan dalam sangkar empat segi sekurang-kurangnya 40cm x 30cm x 30cm, kalau lebih besar lebih baik kerana budgie boleh bebas bermain dan boleh memuatkan pelbagai kelengkapan lain seperti permainan bagi budgie itu, elakan mengunakan sangkar kayu kerana bimbang budgie mengigit sangkar itu dan terbang keluar. Sangkar haruslah sentiasa bersih bagi mengelakkan budgie terkena penyakit seperti cacaing,hama dan sebagainya.

Bagi mereka yang bercadang untuk membiak budgie pula haruslah menyediakan sekurang-kurangnya 1 nest box untuk setiap sangkar atau lebih jika budgie dibela dalam keadaan berkelompok bagi mengelakan perebutan sangkar berlaku diantara budgie betina.

Makanan

Makanan asas bagi budgie adalah sekoi, dan ada beberapa makan tambahan seperti roti,jagung, sayur-sayuran dan sebagainya.

Antibiotik/Ubat-ubatan

Persedianan ubat-ubatan dan antibiotik juga penting dalam memastikan budgie anda sentiasa sihat dan terhindar daripada penyakit yang boleh mengakibatkan mati seperti, ubat cacing, vitamin bagi burung, tulang sotong, ubat hama,ubat mata dan sebagainya.

Aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Pengenalan

Ilmu Aqidah juga dikenali dengan nama ilmu tauhid. Ilmu tauhid ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu tauhid uluhiyyah,tauhid rububiyyah dan tauhid asma wal sifat.

Bab yang pertama tauhid uluhiyyah. Tauhid uluhiyyah ini adalah pengabdian kita sebagai hamba Allah, iaitu melalui solat macamana kita mengEsakan Allah dengan meyembah Allah dan tiada makhluk lain yang berhak untuk kita sembah selain daripa da Allah.

Manakala tauhid rububiyyah pula kita yakin akan kewujudan Allah dengan melihat segala kejadian alam iaitu ape yang ada di langit dan di bumi dan diantara langit dan bumi. Contohnya bilamana kita melihat langit, ianya tak akan terjadi sendiri melainkan dicipta oleh Allah, dan hanya Allah sahaja yang mampu mencipta segala apa yg ada dilangit dan dibumi. Lagi contoh bila kita melihat pokok, gunung ganang, bukit bukau, sungai, laut dan semua makhluk cipataan Nya, maka yakinlah lkita bahawa semua itu tidak akan terjadi sama sekali melainkan dicipta oleh Allah azza wajalla.

Dan yang seterus nya tauhid asma wa sifat, ini adalah dimana kita beriktiqad kepada nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah, yang sebenarnya Allah tidak bersifat yang dinamakan sifat itu adalah bagi ganti nama kepada dzat-dzat Allah bagi memudahkan orang awam untuk memahaminya.

Pembahagian ini dibuat bagi memudahkan kita golongan awam untuk memahaminya dengan sepakat para ulama’ kita

Kenali Mutasi Budgie

Budgie mempunyai lebih kurang 30 jenis mutasi, dan antara beberapa jenis mutasi dan ciri- pada mutasi seperti berikut.

Perbezaan antara baji Lutino, Albino, Fallow dan Double Factor Spangle.

1. Lutino- lazimnya bulu badan 100% berwarna kuning tanpa ada marking (corak @ belang) di atas tengkuk atau kepak. Mata berwarna merah. Susah nak kenali jantina kerana cere (hidung) induk yang matang memiliki warna merah jambu. Selalunya Jantan memiliki warna  merah jambu yang lebih Terang manakala betina warnanya agak pudar( merah jambu keputih-putihan) dan warna kaki pada burung jantan yg matang berwarna merah jambu yg gelap manakala betina merah jambu yg terang.
2. Albino- lazimnya bulu badan 100% berwarna putih tanpa ada marking (corak @ belang) di atas tengkuk atau kepak. Mata berwarna merah. Susah nak kenali jantina kerana cere (hidung) induk yang matang memiliki warna merah jambu. Selalunya Jantan memiliki warna  merah jambu yang lebih Terang manakala betina warnanya agak pudar( merah jambu keputih-putihan) dan warna kaki pada burung jantan yg matang berwarna merah jambu yg gelap manakala betina merah jambu yg terang.
3. Double factor Spangle- lazimnya bulu badan 100% berwarna kuning dan putih tanpa ada marking (corak @ belang) di atas tengkuk atau kepak, seakan2 lutino dan albino. Mata berwarna hitam. Senang nak kenali jantina kerana cere (hidung) induk jantan yang matang memiliki warna Biru laut, manakala betina warnanya putih kebiruan dan warna kaki pada burung jantan yg matang berwarna keabu-abuan manakala betina merah jambu yg terang. Memiliki gelung putih di iris mata bila sudah berusia.
4. Fallow- lazim nya memiliki marking dan corak pada tengkuk dan wing. Bermata merah, kaedah mengenal jantina fallow sama spt lutino dan albino..tgk pada cere dan kaki. Memilki gelung putih di Iris mata bila sudah berusia.

Nampak sama tapi tidak serupa.

1. Dilute- toner bulu pada badan hampir sama dgn kepak. Memiliki hampir 70% kecairan warna. Marking belang pada kepala , tengkuk dan kepak  berwarna kelabu yang pudar, seakan-akan tidak nampak. Marking belang bagi dilute  terbahagi kepada 2 variasi iaitu Normal dan juga Opaline dan Normal paling banyak terhasil. Selalunya dilute terhasil dari pecahan Mutasi split Ino+ (Opaline + Spangle) oleh generasi induknya.

2. Greywing- warna bulu pada badan dan kepak tidak sama. Marking belang pada kepala, tengkuk dan kepak selalunya dalam variasi Normal yang berwarna kelabu. Terhasil daripada Mutasi Normal + clearwing oleh generasi Induknya.

3. Spangle- terdapat dlm 2 variasi warna bulu pada badan dan kepak iaitu sama dengan tidak sama. Mempunyai Marking belang pada Kepak seakan-akan seperti diterbalikkan iaitu hanya berada di hujung bulu bukan pada keseluruhan bulu menjadikan warna Bulu dibhgian kepak lebih jelas dari warna belang. Terhasil daripada campuran Mutasi (Normal+opaline) + Recessive Pied oleh generasi Induknya

Protozoa virus bagi burung

Ambik masa sikit untuk baca ilmu yg amat penting kepada semua breeder. 
Apa itu Protozoa … nampak macam cacing tapi bukan cacing …. Protozoa sejenis organisma yg bersel tunggal dan mampu hidup sendiri atau dalam kumpulan.. Ianya amat aktif dipersekitaran yg basah dan berair.. Sebab itulah jika musim hujan wabak ini amatlah cepat sekali merebak. Protozoa juga hidup seperti tumbuhan yaiitu boleh berfotosintesis untuk berkembang dan amat pantas . Selalunya burung yg terkena dgn masalah protozoa tidak akan mengambil masa yang lama untuk pulang mengadap pencipta dan akan mengakibatkan kematian secara berjemaah dan kenapa rawatan selalunya  sembuh sekejap dan protozoa datang kembali, kerana baki Protozoa masih kita tidak bunuh atau bersihkan   selalunya kita tidak membuat total disinfection kepada kawasan burung kita tadi .. jika kita berikan ubat protozoa ianya hanya sementara kerana sisa dan baki protozoa masih aktif. D-Proto adalah salah satu ubat premium terbaik yang ada dipasaran malaysia untuk untuk merawat masalah Protozoa tetapi jika kita tidak mengambil langkah sewajarnya yakni membuat disinfection total sudah pasti masalah ini tidak akan selesai … jika ada sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui cara yg betul boleh rujuk saya sendiri Insya Allah saya akan berikan tips terbaik …

* Kebanyakan yang kena penyakit yg sedang viral ni adalah kerana kemasukan burung baru dari luar..